Wednesday, January 6, 2010
My Father, My Hero
originally written in Facebook - Thursday, July 30, 2009 at 2:40am
My father passed away on 31st July 1979, 7th Ramadhan.
Keratan Utusan Malaysia
Kuantan 1 Ogos, 1979
Seorang detektif, Ahmad Bin Rasol ditembak mati oleh salah seorang dari empat orang perompak yang bersenjatakan pistol dan bertopeng dalam satu cubaan merompak di sebuah bangunan kedai, Jalan Teluk Sisek di sini tengah malam tadi.
Konstabel Ahmad, 30, dari ibu pejabat CID disini mati serta merta akibat terkena tembakan di pelipis kirinya.
Bagaimanapun, adalah dipercayai ia berjaya mencederakan salah seorang dari perompak itu dan gerakan mengesannya sedang diteruskan.
Polis sehingga ini telah memberkas dan menahan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu di Jalan Bukit Ubi di sini awal pagi ini.
Sebuah kereta jenis Alfa Romeo berwarna merah telah ditahan bersama lelaki yang disyaki itu.
Kereta tersebut terdapat kesan-kesan darah yang dipercayai dari kecederaan yang dialami oleh salah seorang perompak itu akibat tembakan Ahmad Rasol.Lelaki itu juga dipercayai sebagai pemandu kereta tersebut.
Ketua Siasatan Jenayah Pahang, Penguasa F. David memberitahu hari ini Konstabel Ahmad sedang menjalankan tugas biasa bila ia ternampak empat orang lelaki - tiga daripadanya bertopeng - menyerbu ke tingkat pertama sebuah bangunan kedai dan mengugut sembilan hingga sepuluh orang yang berada disitu.
Perompak-perompak itu memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan bising sambil memberitahu "ini adalah rompakan".
Konstabel Ahmad cuba bertindak untuk mematahkan cubaan rompakan itu dengan mengeluarkan pistolnya. Salah seorang dari perompak melepaskan tempbakan kepada Konstabel Ahmad dan mengenai pelipis kirinya.
Ia rebah disitu, tetapi sempat melepaskan satu das tembakan kepada perompak-perompak itu dan mencederakan seorang darinya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ghazali Abu Bakar, Penguasa David dan OCPD Kuantan, Encik Tahir Sijan berkejar ketempat kejadian itu dan mengarahkan penyiasatan.
Penguasa David percaya tiga dari perompak itu adalah orang tempatan dan seorang lagi dari luar Pahang.
Polis telah meminta kerjasama doktor-doktor persendirian dan singseh Cina menyampaikan segera maklumat sekiranya mereka didatangi oleh seorang lelaki yang terkena tembakan untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itulewat petang ini polis Kuantan menahan 5 orang lelaki berhubung dengan kejadian mati seorang mata-mata gelap itu.
Tangkapan itu dilakukan dalam beberapa serbuan mengejut yang diatur sejak awal pagi.
Sementara itu jenazah Allahyarham Ahmad Bin Rasol selamat dikebumikan dengan penuh kehormatan polis disini petang ini.
Although the story above does not do justice to what actually happen due to confidentiality issues, Abah was the bravest man I know, the most loving man I know.
Abah was a brave, stern, strict and courageous man in the eyes of others....
Abah was just a Big Teddy Bear to me..the only one who hugs me...gives me comfort and security...
Abah was buried beside Mama...for once my Stepmom listen to his request...the only time she ever listen...and fought for what Abah wants.
Alfatihah to...
Abah - Ahmad Bin Rasol,
Mama - Rabiah Bt Hussein
and my Stepmom - Saripah
...Miss You, Abah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment